Blogger Layouts

Saturday 17 December 2011

CiNtA

Cinta?
Apakah itu Cinta?
Perasaan sayang dan ingin hidup bersama pasangan.. Aku sering kali melihat remaja sekarang bila dah anggau cinta lupa segala-galanya. lupa mak n ayah n adik-beradik. bukan melupakan maksud aku melupakan hati dan perasaan orang di sekeliling. Dia hanya fikirkan cinta mereka. Sedarkah mereka Family adalah yang utama. Lebih-lebih ibu yang sering mengharapkan kebahagian anak-anak tapi anak bila dah dapat cinta lupa ibu. harapkan teman hidup 24 jam. Dia dah lupa apa keinginan ibunya. Remaja sekarang lupa hati ibu yang sentiasa ingat kepada anak2. Sering terdengar kerana cinta remaja lari rumah. Tidak terfikirkah mereka perasaan ibu mereka. Ibu yang mengandung 9 bulan dan tersenyum apabila melahirkan mereka.

Kini apabila mereka sudah besar dan mengenal erti cinta mereka sudah lupa akan dunia hidup mereka sebelum ini. Lupa segala-galanya. Ingat ibu juga mempunyai CINTA terhadap anak-anaknya. Bila ibu bertanya sekarang di mana? bukan mengongkong tapi ingin tahu keselamatan anak-anaknya. sebab dia takut anak-anaknya sakit dan terluka. sebab anak-anaknya jauh di mata yang dulu membesar di sisi. tetapi remaja sekarang boleh jer meminta izin dengan teman hidup yang tiada apa hubungan tapi anda biarkan ibu anda tertanya2 di mana anak aku. Ibu risau akan anaknya yang di sayangi.

Seorang ibu yang tidak pernah merajuk walaupun anak menengking..Cuba anda tengking teman hidup anda dapat teman hidup anda bertahan? mesti dia tinggalkan anda..tapi kalau ibu hanya mampu tersenyum.
Kenapa la remaja sekarang hanya fikirkan perasaan kenapa tidak gunakan akal??
saya tahu bukan semua remaja berhati begini..ramai remaja yang baik dan tidak lupakan perasaan ibu..

2 comments:

  1. kadang-kadang mungkin kita dipengaruhi emosi, perasaan semata-mata...tanpa berfikir panjang hanya menurut sahaja...apa itu cinta?? cinta tak semestinya pada lelaki dan perempuan sahaja...cinta pada ibu bapa juga boleh di kategori sebagai cinta juga...cinta pada adik beradik, keluarga....

    ReplyDelete
  2. cinta dan sayang tiada terhad untuk sesaper :) emosi boleh mempengaruhi segala-galanya..tp xsmua la..

    ReplyDelete