Blogger Layouts

Saturday 17 December 2011

Anak soleh dan solehah..

Anak solehah? ak sering terfikir..aku bukan anak solehah. Aku sering kali terdengar hanya tiga bekal yang kita bawa setelah meninggal dunia yang sementara ini iaitu amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..Aku ingin menjadi anak yang solehah untuk ibubapa ku..dan juga mempunyai anak yang soleh dan solehah untuk mendoakan ku..
Masih ku ingat cerita ustazah di sekolah rendah cerita tentang Nabi Musa yang dapat bercakap dengan Allah. Pada suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah "siapakah yang akan berjiran dengannya ketika di syurga nanti"..Allah telah memberitahu siapa orang tersebut dan tempat tinggal dan namanya. Oleh itu, Nabi Musa telah mencari orang tersebut dan menjumpai orang tersebut. Nabi Musa sangat terkejut kerana orang tersebut memelihara b*b* dan menjaganya dari segi makan, mandai dan sebagainya. Nabi Musa bertanya hamba Allah tersebut kenapa begitu dan beliau telah menerangkan bahawa b*b* tersebut ialah ibubapanya yang telah di tukar rupa kerana melakukan dosa besar dan setiap hari orang tersebut mendoakan dosa ibubapanya agar diampun dan di tempatkan di syurga..
setelah itu, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. "Oleh kerana anak tersebut merupakan anak yang soleh dan berbakti kepada ibubapa walaupun ibubapanya penuh dengan dosa, maka tempat ibubapa orang tersebut telah di angkat dari nerana ke syurga kerana doa anak yang soleh.

emm..anak soleh dan solehah amat penting untuk ibubapa..dan dari cerita ini walaupun ibubapanya banyak melakukan dosa dan telah merupai b*b* anak tersebut tetap berbakti dan menjaga ibunya..

fikir-fikirkan lah.....

No comments:

Post a Comment